Minggu, 05 Juni 2011

Surat:All.Fatikah

Surah Al-Fatihah ( ﺓﺭﻮﺳ ﺔﺤﺗﺎﻔﻟﺍ )
- Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al- Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah .
Surah ini dinamakan Al-Fatihah ( Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al -Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran ( ﻡﺍ ﻥﺁﺮــﻘﻟﺍ - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab ( ﻡﺍ ﺏﺎﺘﻜﻟﺍ - Ibu Kitab ) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al -Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al -Quran itu sendiri . Surah ini turut dinamakan As- Sab ' ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang -ulang kerana ayat ini diulang -ulang bagi setiap solat .
Terjemahan rumi
[ 1 ] Dengan nama Allah , Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani .
[ 2 ] Pujian bagi Allah , Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam .
[ 3 ] Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani .
[ 4 ] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan ( hari Akhirat) .
[ 5 ] Engkaulah sahaja ( Ya Allah ) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan .
[ 6 ] Tunjukilah kami jalan yang lurus .
[ 7 ] Iaitu jalan orang -orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka , bukan ( jalan) orang -orang yang dimurkai ke atas mereka , dan bukan pula ( jalan) orang -orang yang sesat .
Terjemahan rumi Arab Sebutan
1. " Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani " ِﻢْﺴِﺑ ِﻪَّﻠﻟﭐ ِﻦٰـَﻤْﺣَّﺮﻟﭐ ﻢﻴﺣﺮﻟﭐ Bismi Llâhi r- rahmâni r-rahîm
2. " Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam " ُﺪْﻤَﺤْﻟﭐ ِﻪَّﻠِﻟ ِّﺏَﺭ ﻦﻴﻤﻠـﻌﻟﭐ Al-hamdu liLlâhi rabbi l - ` âlamîn
3. " Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani" ِﻦٰـَﻤْﺣَّﺮﻟﭐ ﻢﻴﺣﺮﻟﭐ Ar-rahmâni r-rahîm
4. " Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan ( hari Akhirat ) " ِﻚِﻠٰـَﻣ ِﻡْﻮَﻳ ﻦﻳﺪﻟﭐ Mâliki yawmi d -dîn
5. " Engkaulah sahaja ( Ya Allah ) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan " َﻙﺎَّﻳِﺇ ُﺪُﺒْﻌَﻧ َﻙﺎَّﻳِﺇَﻭ ُﻦﻴِﻌَﺘْﺴَﻧ Iyyâka na` budu wa ' iyyâka nasta` în
6. " Tunjukilah kami jalan yang lurus" ﺎﻧﺪﻫﭐ َﺮِّﺼﻟﭐ ﻁ َﻢﻴِﻘَﺘْﺴُﻤْﻟﭐ Ihdina s- sirâta l -mustaqîm
7. " Iaitu jalan orang -orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka , bukan ( jalan ) orang- orang yang dimurkai ke atas mereka , dan bukan pula ( jalan) orang- orang yang sesat " َﺮِﺻ َﻁٰ َﻦﻳِﺬَّﻟﭐ َﺖْﻤَﻌْﻧَﺃ ْﻢِﻬْﻴَﻠَﻋ ِﺮْﻴَﻏ ِﺏﻮُﻀْﻐَﻤْﻟﭐ ْﻢِﻬْﻴَﻠَﻋ َﻻَﻭ َﻦﻴِّﻟۤﺎَّﻀﻟﭐ Sirâta llazîna an` amta ` alayhim ghayri l - maghdhûbi ` alayhim wala dh -dhâllîn.
(jangan lupa kunjungi juga blog kami:kitabsuciallqurandanislam.blogspot.com)
smoga bermanfaat bagi smuanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar